Lyrics Frozen (OST) – Untuk pertama kalinya (Malay) [For the First Time in Forever]

Frozen (OST) – Untuk pertama kalinya (Malay) [For the First Time in Forever] words

[Anna]
Kini semuanya terbuka
Tak sangka ini akan berlaku
Begitu banyak pinggan yang ada
Dewan mewah untuk pesta
Tapi tak pernah pun merasa
Akhirnya semua berubah

 
Manusia begitu ramai
Teruja melihatnya
Wah, perubahan datang juga!

 
Untuk pertama kalinya
Ada muzik dan cahaya
Untuk pertama kalinya
Aku menari gembira
Tak tahu apa yang kurasa
Tapi semuanya indah
Untuk pertama kalinya
Aku tak keseorangan

 
Tak sabarnya nak jumpa semua orang
Macam mana kalau terjumpa dia?

 
Malam ini aku pasti
Menghias diri penuh seri
Menunjukkan beradab dan sopan
Tiba-tiba kuterpandang
Jejaka kacak dan menawan
Mulutku pula penuh coklat

 
Sambil bercerita ketawa
Sepanjang malam riang
Tak pernah kurasai semua

 
Untuk pertama kalinya
Ada majlis yang indah
Untuk pertama kalinya
Aku jadi tumpuan
Walaupun ianya hanya
Sekadar mimpi sahaja
Untuk pertama kalinya
Mimpiku mungkin nyata

 
[Elsa]
Harus begini, aku hadapi
Harapan semua kujanjikan
Tak perlu difahami, kulakonkan
Jangan sampai yang lain tahu

 
[Elsa] Hari ini sahaja
[Anna] Hari ini sahaja

 
[Elsa] Ini mungkin masanya
[Anna] Ini masanya

 
[Elsa] Perintahkan pagar dibuka!
[Anna] Buka!

 
[Anna] Untuk pertama kalinya
[Elsa] Jangan biar mereka tahu

 
[Anna] Aku merasa bahagia
[Elsa] Jadilah gadis yang dijanji

 
[Anna] Menantikan masanya untuk
[Elsa] Sembunyi

 
[Anna] Merasakan cinta
[Elsa] Tak perlu untuk difahami

 
[Anna]
Tak mahu tunggu lagi
Harus hari ini
Untuk pertama kalinya
Untuk pertama kalinya
Tiada yang halang!

 

Lyrics of the artist 's songs Frozen (OST)
Rate article